Bagaimana Mahu Membantu Anak Pemalu Untuk Memulakan Perbualan?

Kemahiran bersosial adalah salah satu aspek penting dalam perkembangan anak-anak. Kebiasaannya anak yang pemalu akan duduk di satu sudut dan memerhati kawan-kawan lain bermain atau mereka lebih suka bermain sendirian.Sekiranya dibiarkan, ia akan memberi kesan yang tidak baik terhadap perkembangan komunikasi anak-anak. Lebih buruk lagi mereka akan terasing dan dipinggirkan.

 

Untuk bantu anak pemalu, ibu ayahlah yang perlu memainkan peranan. Ibu ayahlah guru pertama yang boleh membantu anak untuk atasi masalah malu tak bertempat. Antaranya ialah selalu membawa anak ke tempat yang menggalakkan mereka untuk bergaul. Salah satunya di taman permainan. Buat mereka rasa selesa dengan suasana dan kawan-kawan. Bagi menambahkan keyakinan anak lagi, apa kata ibu ayah tunjukkan cara bagaimana untuk memulakan perbualan.

Contoh mudah untuk memulakan perbualan:

Ibu: Assalamualaikum, nama saya Ibu. Siapa nama awak?

Anak: Waalaikummussalam. Nama saya Arsyad.

Tunjukkan cara bersalaman dan senyum yang betul.

Anak-anak yang pandai bersosial mempunyai banyak kelebihan. Antaranya mereka lebih positif, berkeyakinan, pandai menyelesaikan masalah dan lebih kreatif.

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *