Bagaimana Bentuk Anak Menjadi Rakan Yang Baik?

Matlamat utama dalam mendidik anak menjadi rakan yang baik adalah untuk mengekalkan kualiti sesebuah hubungan. Silaturrahim yang terjalin erat biasanya akan kekal sehingga mereka dewasa kelak. Dan ini sangat penting untuk mereka menjalani kehidupan sosial sehari-hari.

“If you want to have friends, you must show yourself friendly.” – Karol Ladd, pengarang buku The Power of Positive Woman.

 

Seperti yang diketahui umum, kemahiran ini tidak terjadi dengan sendiri melainkan dibentuk dan dipraktikkan sentiasa. Jadi, apa peranan ibubapa dalam membantu anak-anak menjadi rakan yang baik dan disukai teman-teman?

 

  1. Terangkan sifat rakan yang baik.

Mulakan dengan beberapa contoh yang mudah dilihat dan dibuat seperti suka berkongsi, sentiasa bercakap dengan bahasa yang sopan, beri pertolongan ketika kawan dalam kesusahan, menjadi pendengar yang baik sentiasa membuatkan kawan berasa gembira.

Beritahu anak-anak kelebihan yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka berbuat demikian.

 

  1. Berikan atau bacakan buku tentang persahabatan.

Jika anak-anak suka mendengar cerita, bacakan buku untuk mereka. Adalah penting setiap sesi bacaan, ibubapa turut ceritakan pengajaran dari kisah yang dibaca. Jika tidak, cerita hanya sekadar cerita. Atau boleh juga galakkan anak-anak menonton kisah teladan berkisar tema persahabatan sama ada berbentuk kartun atau filem kanak-kanak.

 

  1. Ibubapa sebagai contoh terbaik.

Tunjukkan kepada anak-anak bagaimana kita menghargai teman-teman dengan menjaga persahabatan dan sentiasa berusaha menjadi sahabat yang baik. Ceritakan kepada mereka apa yang kita lakukan agar mereka lebih memahami dan jelaskan kelebihan menjadi rakan yang baik.

 

  1. Luang masa bersama kawan dan kenalan baru.

Dedahkan anak-anak dengan sebanyak mungkin ruang dan peluang bergaul bersama kenalan baru. Dari situ mereka akan terus belajar bagaimana menjadi rakan yang baik selain mengambil iktibar dari kesilapan yang dilakukan sepanjang proses berkenaan.

 

  1. Beri cabaran.

Dalam situasi tertentu, beri cabaran kepada anak-anak untuk cuba bertindak sebagai rakan yang baik. Contohnya ketika rakan mereka bersedih menerima kekalahan dalam pertandingan atau ketika rakan mereka memerlukan bantuan. Pantau bagaimana tindakan anak-anak agar mereka boleh perbaiki di lain kali.

Dari lima langkah ini, sedikit sebanyak telah membuka minda anak-anak tentang kepentingan menjadi rakan yang baik. Yang pasti ia akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Ingat, satu cara untuk memiliki rakan yang baik adalah dengan menjadi rakan yang baik.

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *