DUA APLIKASI YANG SANGAT BAHAYA UNTUK ANAK-ANAK ANDA MUAT TURUN

Dalam dunia hari ini adalah mustahil untuk seseorang tidak memiliki telefon canggih. Dari dewasa hingga kepada yang paling muda, pasti pernah menggunakan telefon canggih. Telefon canggih adalah satu keperluan dalam dunia hari ini. Semua perkara boleh dibuat dengan cepat hanya menggunakan hujung jari. Membeli-belah, pendaftaran, perbankan dan pelbagai lagi boleh dilakukan dengan pantas tanpa perlu beratur panjang.

Kecanggihan telefon dan kepantasan internet juga memudahkan lagi manusia berhubung dan bersosial. Antaranya aplikasi sosial yang wujud sekarang adalah Facebook, Instagram, WhatsApp, Twitter, YouTube dan pelbagai lagi. Ada juga aplikasi yang memudahkan anak-anak berkarya dan berkreativiti. Namun apa yang membimbangkan ialah tiada pengawalan terhadap anak-anak dalam penggunaan aplikasi tersebut.

Berikut adalah dua aplikasi yang sangat bahaya untuk anak-anak anda muat turun:

1. TIKTOK.

Tiktok adalah aplikasi untuk membuat video pendek dengan adanya muzik latar, rakam dan edit video dan pelbagai fitur yang boleh membuatkan video jadi lebih menarik. Apa yang membimbangkan ialah kebanyakan remaja menggunakan tiktok untuk tujuan yang salah. Bagi remaja perempuan, mereka seolah-olah sengaja memakai pakaian ketat dan manari serta bergoyang dengan ghairahnya tanpa ada rasa segan dan malu.

2. BIGO.

Satu aplikasi di mana penggunanya boleh membuat siaran langsung tentang apa sahaja aktiviti yang mereka sedang lakukan dan dapat berinteraksi terus dengan penonton. Apa yang menarik tentang aplikasi Bigo Live ini ialah pengguna boleh meraih pendapatan yang lumayan hanya dengan berkongsi aktiviti menarik mereka. Faktor inilah yang menjadikan kebanyakan remaja perempuan untuk berpakaian tidak senonoh dan menayangkan aset yang tidak sepatutnya ditunjukkan. Lebih menyedihkan lagi Bigo Live tersebut turut mengundang komen-komen lucah dan meminta untuk melihat lebih lagi daripada apa yang sepatutnya daripada penonton.

Ini adalah kesan yang sangat buruk sekiranya penggunaan aplikasi tersebut digunakan dengan tujuan yang salah dan tanpa pengawalan. Pantaulah kegiatan dan telefon bimbit anak-anak anda. Jangan kerana “percayakan” anak-anak, mereka jadi rosak dan tidak bermoral serta terlibat dengan masalah sosial yang menakutkan.

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *