Ibu, Saya Mahu Menjadi Sahabat Yang Baik

Pernahkah anda bertanya kepada anak-anak soalan berikut;

Adakah mereka mempunyai sahabat baik?

Adakah anak-anak menjadi sahabat yang baik kepada kawan-kawannya?

Secara umum ramai mengetahui kepentingan mempunyai sahabat yang baik dan menjadi sahabat yang baik. Kemahiran ini tidak boleh terbentuk dengan sendirinya melainkan memerlukan pendedahan seawal usia kanak-kanak. Sebagai ibubapa, anda tidak boleh menganggap anak-anak tahu bagaimana menjadi seorang sahabat yang baik. Mereka perlu dibantu dan dididik kearahnya.

Beberapa ciri berikut boleh dijelaskan kepada anak-anak untuk menjadi sahabat yang baik. Langkah ini boleh dipraktikkan ketika mereka bersama teman-teman. Pantauan ibubapa juga amat membantu untuk membimbing mereka melakukannya dengan lebih baik.

  1. Berkongsi apa yang dimiliki seperti permainan, makanan dan peralatan untuk kepentingan bersama.
  2. Sentiasa bercakap dan menggunakan bahasa yang sopan.
  3. Ringan tulang dan sentiasa membantu ketika sahabat dalam kesulitan.
  4. Bermain atau meluangkan masa bersama-sama dengan baik dan bertolak ansur.
  5. Sentiasa membuatkan sahabat berasa gembira.
  6. Menjadi pendengar yang baik terhadap apa sahaja luahan, perbualan dan cerita.
  7. Boleh dipercayai dalam apa juga situasi.
  8. Mengingati peristiwa penting seperti hari lahir dan hari istimewa.
  9. Sentiasa memberi semangat dan galakan.

Sejauh mana anak-anak berjaya dalam usaha menjadi sahabat yang baik sangat dipengaruhi oleh sifat keterbukaan mereka untuk berkongsi, berkompromi dan bertolak ansur. Sentiasa berpesan kepada mereka bahawa mempunyai sahabat yang baik membuatkan hidup lebih gembira. Dan sekiranya mahu memiliki sahabat yang baik, mereka perlu terlebih dahulu menjadi sahabat yang baik kepada orang lain.

 

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *