Lima Tip Untuk Anak Yang Baru Mula Berpuasa

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat islam bakal menunaikan ibadat puasa. Pastinya kaum ibulah yang paling sibuk untuk membuat segala kelengkapan dan persediaan untuk menyambut kedatangan bulan ramadhan.

Bagi ibu yang mempunyai anak yang baru pertama kali mahu berpuasa pasti akan teruja dan dalam masa yang sama bimbang dengan kemampuan anak. Jangan risau ibu-ibu, mari saya kongsikan tip bagaimana untuk menggalakkan anak-anak berpuasa.

 

1. Tidak Memaksa Anak

Sebaiknya kita tidak memaksa anak-anak untuk berpuasa satu hari. Tindakan ini akan menyebabkan anak-anak merasakan puasa itu menyusahkan dan membebankan. Ibu-ibu boleh mulakan dengan cara berperingkat. Misalnya mulakan berpuasa dua jam, kemudian tambahkan jam lagi sehingga anak mampu berpuasa satu hari.

Sekiranya anak tidak tahan, berilah makanan yang berkhasiat. Kemudian ajak anak untuk mulakan semula berpuasa. Tidak mengapa puasa yang yuk. Ingat ibu, ini adalah latihan untuk anak-anak.

 

2. Kurangkan menonton televisyen

Sebaiknya ibu jangan benarkan anak-anak menonton tv seharian. Jangan buka selera anak. Bayangkan iklan ayam goreng yang rangup dalam puasa. Kita yang dewasa inipun tidak tahan melihatnya, apa lagi budak-budak. Kasihan anak-anak. Galakkan anak-anak lakukan aktiviti yang buat mereka lupa yang mereka sedang berpuasa.

 

3. Kongsikan Kebaikan Berpuasa

Anak-anak paling suka mendengar cerita atau boleh juga kita berbincang dengan anak-anak. Maka ibu, ceritakan dan berbincanglah kebaikan yang mereka akan dapat sekiranya mereka berpuasa.

4. Puji Anak

Ringankan mulut untuk puji usaha anak berpuasa walaupun dua jam. Percayalah, mereka akan lebih bersemangat untuk berpuasa. Jangan pula ibu bandingkan anak-anak yang berpuasa dengan tidak berpuasa. Nanti mereka merasakan yang mereka berbuat perkara yang sia-sia.

 

5. Sediakan Makanan Berkhasiat

Pastikan ibu menyediakan makanan yang berkhasiat dan lengkap nutriennya. Pilihlah makanan yang membuatkan anak kenyang lebih lama. Bantu anak untuk kekal bertenaga dengan memberi makanan yang berkhasiat.

 

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *