Mendengar Sebelum Didengari

Perkara yang menggeramkan kebanyakan ibu ayah ialah apabila anak tidak mahu mendengar cakap. Biasanya kita labelkan mereka sebagai anak yang degil.

Pernahkah ibu ayah bertanya kepada diri sendiri mengapa anak bersikap begitu? Ibu ayah perlu ingat bahawa anak-anak adalah cerminan diri kita. Sekiranya cara kita bercakap suka menengking, maka anak-anak pasti bercakap dengan orang lain dengan cara menengking juga.

Punca anak tidak mendengar kata adalah bila ibu ayah tidak menghiraukan atau menangguhkan permintaan anak kerana terlalu sibuk “bekerja”. Apabila mereka bercerita, ibu ayah buat tak endah kerana sibuk mengadap telefon.

Anak yang mana kerap dimarahi akan mudah untuk tidak mendengar kata. Bayangkan setiap hari dan setiap masa kena marah. Malah mereka seolah bersedia untuk dimarahi. Sebenarnya mereka langsung tidak mahu mendengar kerana sudah hilang minat untuk mendengar. Hanya jasadnya sahaja di depan kita, rohnya ke tempat lain.

Kadang-kala ibu ayah tidak menerangkan sesuatu perkara dengan jelas dan baik kepada anak. Penerangan yang kurang jelas menyebabkan tidak sampai maksud sebenar kepada anak. Atau memberi arahan dengan banyak dalam satu masa. Misalnya minta anak mandi, kemas katil dan baca buku dengan satu arahan.

Belajarlah untuk mendengar sebelum kita didengari.

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *