Remaja : 4 Area Perlu Penjagaan Rapi

Rutin penjagaan diri yang baik membantu agar seseorang itu kekal sihat, bebas daripada sebarang penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Ia juga penting dalam membentuk imej dan personaliti yang berwibawa. Tampil bersih dan rapi membantu meningkatkan keyakinan dalam diri remaja selain melahirkan rasa selesa apabila bergaul dengan orang sekeliling.

Remaja merupakan golongan peralihan dari zaman kanak-kanak kepada dewasa. Maka ketika ini, tubuh mereka akan mengalami perubahan hormon yang turut menyebabkan perubahan kepada bentuk tubuh, tahap kesihatan dan keadaan diri mereka. Oleh itu, ini adalah tempoh kritikal dan penting untuk diterapkan ilmu penjagaan diri yang betul agar mereka menjadi individu yang mementingkan kebersihan serta menghargai diri mereka sendiri.

4 area berikut merupakan kawasan paling perlu dititikberatkan dalam penjagaan kebersihan dan kesihatan.

  1. Wajah.
  2. Rambut.
  3. Badan.
  4. Mulut.

 

Antara masalah atau cabaran yang biasa dihadapi oleh remaja adalah seperti berikut;

  1. Masalah kulit seperti jerawat akibat ketidakstabilan hormon.
  2. Rambut gugur, kelemumur dan rambut berminyak terutama bagi remaja perempuan berambut panjang.
  3. Masalah bau badan, kulit kering, pertumbuhan bulu pada anggota sulit dan wajah dan perpeluhan.
  4. Nafas berbau, masalah gigi berubah warna serta lain-lain.

 

Sebagai ibubapa, adalah sangat penting untuk mempunyai kemahiran untuk menerapkan ilmu dan membimbing anak-anak dalam melalui tempoh ini. Pendedahan awal boleh dimulakan dengan sesi berbual-bual secara terbuka bersama anak-anak. Mulakan dengan topik perbualan secara umum sebagai langkah memecahkan benteng kerana tentu sahaja anak-anak berasa malu dan segan untuk berkongsi. Secara tidak langsung membuka minda mereka berkenaan rutin penjagaan kebersihan diri.

Selain itu, ibubapa juga adalah guru pertama sebagai ‘role-model’ yang jelas kepada anak-anak. Apabila anak mula memahami, terangkan sebab dan akibat sesuatu langkah dibuat. Jelaskan kepada anak-anak kenapa dan mengapa pentingnya untuk mereka menjaga kebersihan diri.

Rutin yang ringkas mampu membentuk individu yang berdisiplin serta memberi impak besar apabila dewasa.

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *