Tip Memuji Anak

Anak-anak perlu diberitahu apa yang baik dan apa yang tidak baik yang mereka lakukan. Adalah tidak adil untuk anak sekiranya kita terus memarahi tanpa memberitahu mereka. Dalam kita menggalakkan mereka untuk membuat kebaikan dan sekaligus menjaga akhlak mereka, kita perlu memberitahu mereka dengan cara memuji.

Ada perkara dengan memuji akan membuatkan anak lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu. Adakalanya dengan memuji membuatkan anak tidak berminat untuk berusaha dan merasa riak.
“Eh, macam mana tu?”

Ada cara untuk kita puji anak supaya anak tetap membuat kebaikan.

1. Lihat Usahanya, Bukan Hasilnya
Sekiranya anak-anak melakukan sesuatu, bukan hasil yang sempurna atau tidak yang kita lihat. Lihatlah kepada usaha yang telah dibuat oleh mereka. Maka pujilah usaha mereka dan bukannya hasil.
“Wah, kemasnya bilik abang.” – Puji hasil
“Masa abang kemas bilik, umi nampak abang bersungguh susun buku sekolah ikut ketinggian.” – Puji Usaha

2. Bukan Ada Maksud Lain
Hentikan memuji kerana ada sebab dan niat lain. Contohnya, kita puji kerana mahu anak mengambil barang untuk kita. Atau kita memuji kerana mahu anak memakai barang yang kita belikan walaupun kita tahu dia tidak akan suka.

3. Puji Ketika Anak Berbuat Baik
Kita perlu puji secara spontan dan segera apabila melihat anak membuat perkara yang baik. Pujian begini juga dapat membantu anak-anak mengubah sikap yang kita tidak senang kepada yang menyenangkan. Contohnya, apabila anak kita suka menangis tanpa sebab. Perkara ini sungguh tidak menyenangkan bukan. Jadi sekiranya dia tidak menangis, maka terus pujinya. “Umi suka kalau Rayyan tidak menangis-menangis begini.”

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *